Tutorial Loghat Kelate..

October 30th, 2006 by ainasha

kelmarin ade member forward email nih..so saje nak share dgn korang suma..sbb eden mmg payohlaa nak pahe loghat kelate ni dr dulu lg..anak² buah ms pegang kolej dulu sokmo kecek klate dale meeting…sakit jiwo eden..huhu…

"…AKU BACO PUN SUKO SOGHE…LAWOK SENGOT…HAHAHA! ..NI LAH UNIK NYE BHASE KLATE…so, to sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg ade hajat nak kawen dgn org kelantan..baik blajar kalu x..pening ppalo..heehehe. .:P

Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, gatal, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit)
RIZAT (result)
NNEJA (manager)
ISTEK (estate)
SUWIH (switch)
MERKET (market)
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:

YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn’t it?"
LAMOKEY = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain…Yang popular digunakan antaranya:

*CEBOCK : bermaksud ‘cedok’, selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud istinja .
*TTINO : bermaksud ‘perempuan’ tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE…)
AIR TUAK : diminum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
*NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan. ..cuba direct translate jadi BINATANG… Boleh bergaduh nanti…
*SUKU SAKAT : bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje) membawa erti janda kl di kelantan.
*SIAL = sembuh

* Bahasa di atas banyak meyebabkan miss conception terhadap org kelantan

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an’,’ am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth :
Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,
Tanpa ’sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless) .Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar) …"

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua..

9 mimpi Rasulullah SAW

September 21st, 2006 by ainasha

"Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

" Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2 keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg baik utk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk kita pada masa akan datang."

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA…semoga kita diberi peluang untuk terus bernafas agar dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini seterusnya menjadikannya medan pentarbiyahan diri agar menjadi manusia yang lebih baik dari segala aspek…insyaAllah..

tolong ambil peduli..

July 19th, 2006 by ainasha
ada masa, sila ke sini : http://pedulipalestina.blogspot.com/
Almost all the Islamic leaders didnt do anything, the just condemned and pledge some aid and sit in their cosy and comfy house while watching at the news of Palestinian and other Islamic resistance/ freedom fighters blood spilled. It is a prove that they are more worried of their wealth circling them than Allah SWT anger and we shall seek justice in the hereafter for not uniting and let the atrocity happens just like from previous war/incidents/events! When the day of judgement comes.. what would their answer be?
This is the plea by the Lebanon PM:
"I call upon you all to respond immediately… and provide urgent international humanitarian assistance to our war-stricken country," Mr Siniora said.
"Can the international community stand by while such callous retribution by the state of Israel is inflicted on us?"
Photo
 
Burned cars lie in deserted streets of the southern suburbs of Beirut.
 
Photo
Dean Hamer, 10, Jamie Lederman, 11, and Noa Hamer 6, from left, show their support for Israel during a Community Solidarity Rally in Southfield, Mich., Wednesday, July 19, 2006. Some members of Michigan’s congressional delegation say they’ve been inundated with calls for help in getting loved ones out of Lebanon
 
Zahra Al-Jamira, 18, cries after realizing her face is burned as a result of an Israeli airstrike.
PhotoPhoto
Photo
A Palestinian man is blindfolded and arrested during an Isreali military incursion into the muqataa - the local headquarters of the Palestinian Authority - in the northern West Bank city of Nablus. The US administration kept up its support for Israel’s military strikes in Lebanon as US Secretary of State Condoleezza Rice held extensive talks with Arab allies.
PhotoPhoto
Israeli army armored vehicles and troops gather after returning from an incursion in Lebanese territory at a staging area at the border crossing in Rosh Hanikra, northern Israel, Wednesday July 19, 2006.
Photo
Israeli soldiers stand on a road near Avivim, along the Lebanese border, July 19, 2006. Israeli troops crossed the border to raid Hizbollah posts and Dubai-based Al Arabiya TV said two soldiers had been killed and two wounded in clashes with the Shi’ite Muslim guerrillas.
x
FLEEING NORTH: A family from Tyre, in southern Lebanon, arrives in the port city of Sidon, hoping to evade Israeli strikes
F-16
An Israeli F-16 warplane takes off to a mission in Lebanon from an air force base in northern Israel on SundayKhiam
Smoke rises in the southern town of Khiam, Lebanon. Israeli airstrikes reduced entire apartment buildings to rubble and knocked out electricity in swaths of the Lebanese capital Sunday.
An injured Lebanese girl cries following
TYRE VICTIM: A Lebanese girl is bandaged after being injured in an Israeli airstrike on a house in the southern city
x
DEADLY ATTACK: Men in Lebanon carry the body of a resident who was killed by shrapnel from an explosion in Kfarshima, near Beirut. More than 200 Lebanese, most of them civilians, have died in six days of fighting. Twenty-four Israelis, half of them soldiers, have been killed in the conflict
Israeli war on children continues, this is just one of the victims murdered by the IOF on Thursday 6 July 2006 in Beit Lahya
PhotoPhotoA wounded boy lies in a hospital after Israeli warplanes attacked several houses in the village of Srifa near the port-city of Tyre in southern Lebanon July 19, 2006
Photo
Brothers Nabil Alaa al-Din, left, Ramzi, center, and Ali, right, wounded in an Israeli warplane missile attack in the southern village of Srifa, Lebanon, sit at hospital beds in the outskirts of the port city of Sidon, Wednesday, July 19, 2006. The airstrikes flattened 15 houses and the village’s headman, Hussein Kamaledine, said 25 to 30 people lived in the houses, but it was not known if they were at home at the time
Photo
Abbas Khalil, wounded in an Israeli warplane missile attack in the southern village of Srifa, Lebanon, sits at a hospital bed in the outskirts of the port city of Sidon, Wednesday, July 19, 2006. The airstrikes flattened 15 houses and the village’s headman, Hussein Kamaledine, said 25 to 30 people lived in the houses, but it was not known if they were at home at the time.
Photo
A wounded Palestinian boy lies in a hospital after an Israeli raid in Maghazi refugee camp in central Gaza strip July 19, 2006.
PhotoPhotoDoctor Imad Makki, left, attends to Mariam Hamed, 80, who lost three members of her family in an Israeli warplane missile attack earlier in the center of the southern market town of Nabatiyeh, Lebanon, as she lays seriously wounded at the town’s hospital, Wednesday July 19, 2006. Hamed will probably have both her legs amputated, according to doctors. Five people were killed, police and hospital officials said. The target was a commercial office of a firm belonging to Hezbollah, but those killed were all residents.(
 
New victims of Israeli war on Palestinian children
wounded in an Israeli missile strike on Khan Younis, in the southern Gaza Strip, Wednesday, June 21, 2006.
Mohammed Roka, 5-years old, right, and his sister Needa.
Massacred by the Israeli Gestapo on Tuesday 20 June in Gaza.
Victims of a fresh Israeli occupation massacre. An Israeli air strike Tuesday 13 June 2006 killed 11 Palestinians; three children six civilians and two Islamic Jihad fighters.
The bodies of 14-year-old , Sabrine Ghalia, right, her broter Haitham, 1, and her 18-month-old sister Hanidi, left, are seen before the funeral of six members of the Ghalia family in the northern Gaza Strip town of Beit Lahiya Saturday June 10, 2006. They were killed by an Israeli army artillery shell while on beach pinic Friday.
Palestinian sister Huda Ghalia, center, is comforted during the funeral for her parents and siblings in Beit Lahiya, in the northern Gaza Strip, Saturday, June 10, 2006. They were killed by an Israeli army artillery shell while on beach picnic Friday and Palestinian officials said seven people were killed with the Ghalia family losing six members, among them the father, one of his two wives, an infant boy and an 18-month-old girl.
The ruins
THE RUINS: A woman carries pillows she retrieved from her apartment in a bombed-out section of Beirut not far from the destroyed Hezbollah headquarters. She salvaged her belongings minutes before another Israeli airstrike hit the area.

Al-Fatihah

July 6th, 2006 by ainasha

AlFatihah buat Uncle Taib yg kembali ke rahmatullah pkl 5 pagi tadi..
masyaAllah..meninggal hari Jumaat..
last jumpa Uncle last few months..
dlm wad yg sama,Ayus jaga Tokwan, Makcik Kepol jaga Uncle
ms tu,Uncle baru lepas operation utk buang sbhgn dari hati kerana kanser hati..
badan Uncle agak tidak stabil lps operation..
Allahyarham Uncle Taib adalah suami kepada sepupu emak, Makcik Kepol…
beliau juga merupakan bapa tiri kepada Afdlin Shauki..
Takziah buat Makcik Kepol sekeluarga..

AlFatihah juga buat mak Diana yg meninggal dunia beberapa hari lalu..
Diana merupakan kawan sekolah Ayus…
Diharap Diana sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini..

Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan roh2 hambaNYA yang soleh…Aminnn..

PALESTIN..sedihnyaaa…

July 4th, 2006 by ainasha

hari ni independence day US..
huh…takde maknenye kalau dok mengacau ke’independence’an org lain..
jahatnyer depa ni!!!!!
eee…geram nih…gerammmm!!!…
US antara israel’s supporter yg terkuat..
dush…dush..dush..rase nak belasah jer depa ni..

teringat ustaz cakap dlm kuliah tafsir mlm td..
ms hamas lawan fatah..
US support fatah dlm 13 billion..
israel pun support depa..
namun, sirah2 telah membuktikan..
313 vs 1000 dlm perang badar
1000 vs 3000 dlm perang Uhud..
kuasa ALlah Maha Hebat..
rakyat bersama2 hamas..
akhirnya hamas dinobatkan sbg kerajaan..

harapan kita agar baitul maqdis kembali menjadi milik kita..
belum sempat hamas menapak lebih jauh lagi..
mereka disekat segala bantuan kewangan..
dan sekarang..
pengganas yg sebenar(israel laknatullah) lebih mengganas..

saat ini..
diri ini sebak memikirkan keadaan saudara seIslam di Palestin..
kala makan..terlintas..apa agaknya yg dpt mereka makan..
kala berjalan-jalan..terbayang di kiri kanan jln mayat2 bergelimpangan serta bgnn2 yg musnah..
kala membeli-belah..terasa betapa mereka tersiksa berkurung..
kala dapat gaji..teringat mereka tidak dpt dibayar gaji kerana disekat bantuan kewangan..
kala mdengar kwn2 dpt baby..terngiang2 kata2 menteri hamas,wanita palestin bersalin sambil tangan bergari..

Ya Allah betapa banyak nikmatMu berbanding saudara2 ku di sana..
diri ini hanya mampu memohon kepadaMU..
bantulah mereka Ya Allah!!..
bantulah mereka…
berikanlah kekuatan kepada mereka
untuk terus tabah menghadapi dugaanMu yg Maha Hebat ini..
aku tak mampu Ya Allah..tak mampu…
hamba Mu ini kerdil dan hina…
hanya mampu menitiskan airmata…

sahabat-sahabat sekelian..
sama2lah kita berdoa…
semoga Allah hancurkan kezaliman kuffar!!!
semoga Allah selamatkan saudara kita di Palestin!!!

alkisah…

June 6th, 2006 by ainasha

alkisah bermulalah riwayat hidup baru

after go thru the first n second interview,
alhamdulillah i was offered the job here in TM..
ms hanto resume hinggalah dpt offer letter..post is as IT Exec..
ms dpt assignment letter my position is as Asst Mgr Sales Marketing & Support Developers..
huhu…ntahpape je bunyiknye….
actually kejenye involve development ngan maintain system..

okla..just wanna share my first day working
utk report duty, all of us have to go to the HQ-Menara TM
after an important briefing from HR Manager Pn Kamsiah…
settling down all the forms n agreement to be submitted..
we have been given the assignment letter..
where will we be placed..
hurm..as predicted before..TM Kelana Jaya
bcoz during my second interview,I chose the Billing Dept.

next, kenala pi report kat dept masing2..
dah kumpul sape2 yg dpt TMKJ..
lps lbh kurang 1/2 jam .."erm..rasenye better korang gi makan..lepak2 dulu kat surau..solat…dlm pkl2@2.30 naik balik.."
huhu..ape lagi..biasala first day..
dlm pkl 3.30 br dpt jumpa en sukram-2nd boss CIBD
kami diserahkan pd manager2 dept masing2..
I was assigned under Pn Suraya..
introduced to Pn Shikin..n all the floor members..
tp kebanyakkannya just berkenalan ngan meja diorg je…
orangnye takde..sbbnya ramai yg cuti..maklumlaa cuti skolah..

takde pape pun buat ms first day..adat le tu…
cuma masih terngiang-ngiang di telinga ni..
since kitorg ni contract for 1 year..
pn kamsiah kata…
"there are 3 possibilities at the end of the contract..
one, u will be promoted to the permanent position bcoz frankly speaking most of the position u r taking is permanent position…two, u can renew your contract..and the last one, if ur manager says that u do nothing..say goodbye la to TM..in other words.."YOU’RE FIRED"..
fuhh..mmg sadis betulla yang the last possibility tu..
minta dijauhkan..tp takut gak sebenornye nak keje ni..

Semoga ALlah permudahkan segala urusanku..Amin..

Janjiku…

April 14th, 2006 by ainasha

1154303083254s

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku…Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..

Istidraj

February 17th, 2006 by ainasha

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s. a. w.
bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada
hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu
telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang
sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa
bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang
lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan
bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak
pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia
boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak t akut mati?
Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.
Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi
tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan
semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia
merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang
beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah
beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu
boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah
memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan
semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul
æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah
batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba
hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi
dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi
Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah,
akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam
lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci
gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia
ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi
kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya
binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah
segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan
orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan
oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah
bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang
besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu
kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup
kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat
yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya
tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan
ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang
diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan
hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia
dan akhirat.

first in 2006..

January 26th, 2006 by ainasha

actually, takde idea sgt nak apdet(bak kata ida) blog nih..papepun nak jugak..yelaa..dah berabuk dah blog ni..lama sgt kene tinggal..fuhh..fuhh..byknye abuk..lgpon sok da start cuti seminggu..mak aiii..lamanyer..kenape la cuti lama sgt nih..kalau ade fulus boleh round da world..ni tak..round da house je la gamaknye..hehe…

hari ke hari..byk sgt perkara yg bermain dlm fikiran ni..erm..dulu pon ckp camtu jgk..mcm2laa..kalau tulis kat sini..mau dpt 100 pages..tak muatla..nak tulis..sbb tu malas nak tulis blog..sbb byk sgt..hurm..apa2lah labu..

tak berapa ari lg nak masuk thn baru hijrah..1427H…bila tawun baru..orang akan ingat azam..kenapa kene ade tahun baru br ade azam?..yg sbnrnya..it’s just a turning point..bleh jer kan nak jdkan bila2 ms utk memulakan sesuatu azam..mulai saat ini ke..mulai pukul semilan tiga puluh tujuh malam ini ke..mulai khamis kelima bulan febuari ke..sukati la..kita nak mula kat mana..tapi selok2nya secepat mungkin la kan..kalau nak buat bende2 baik ni..takkan la ade yg berazam dgn bende negatif kot..mintak dijauhkan..

2006..umur nak masuk 25..erm sekejap je ekk..dh suku abad dahh..makin byk bende yg masuk dlm wishlist..semua kene fikir..utk Allah dan RasulNya…utk parents..utk adik badik..utk sedare mare..utk kwn2..utk jiran2..utk masyarakat..yela..kita bukannya dok sensorg kat dunia ni..kene ader give n take..ye tak?..last sekali yg paling penting..utk diri sendiri..sbg hamba Allah yg hina..sbg ummat Nabi Muhammad…sbg mata rantai..sbg anak..sbg adik..sbg kakak..sbg cucu..sbg sahabat…dan banyak lagi sebagai yg lain..sbb tu Allah suruh kita berfikir..drpd dok termenung kosong..drpd dok buat keje tak berfaedah..Allah bg kita masa 24 jam sehari..byk masa kita boleh guna nak fikir semua ni kan..tp kita jer yg ntahapeape..kan?..apelah Ayus ni..

hari ke hari jugak..banyak sangat dosa dah dihimpun..amalan entah stkt mana..kalau letak kat neraca mizan..naudzubillah..takutnya..kalau yg kiri lebih berat dr yg kanan…mmg diakui..iman kita hari ke hari turun naik..mcm graf kat bursa saham..kalau pakai normal curve pulak mcm tak sesuwai..tp mintak2..jgnlah turun yg byk sgt..naik byk takpe kan…kan..

"Ya Allah janganlah kau tarik nikmat Iman dan Islam yg ada dlm diri kami…tetapkan iman kami Ya ALlah..berikanlah kami kekuatan untuk terus memperbaiki diri kami..seterusnya membantu sesiapa sahaja yang berada bersama-sama kami untuk saling memperbaiki diri."

oklah kwn2..maaf andai coretan kali ni tidak sebaik mana..diri ini pun insan biasa…tidak sempurna..tends to do mistake..doakan Ayus ye..erm..sempena Jumaat yg mulia ni..Ayus dedicatekan lagu Layar Keinsafan-Mestica…(tak abis2 lagu tu je ekk kakyus ni)..whatever..utk renungan kita semua..terutama sekali diri ini..

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

akhirul kalam..sblm mengundur diri..mohon maaf dari semua..andai ada salah silap Ayus selama ni samada disedari atau tak..maaf ye…Ayus pun maafkan anda semua…ok…

Broken

<< Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah >>

..????….blur…

December 28th, 2005 by ainasha

ttak tau nak citer apa..sorila kalau post ni tak best..not in da mood laa…so, saje entertain diri sndiri..
erm…cuti krismas baru ni balik johor..khamis lagi dah balik..sbb kena amik MyKad..baru siap..
walaupun cuti lama…jumaat-isnin..tapi pack..ader je event hari2..

jumaat
tolg mak kat skolah,amik mykad,bayar bil letrik…bla…bla…bla..

sabtu
gi anas kawen..btolak dlm kul11.30..tggu bas lg..smpi kul2..nadia fetch kat larkin..tenkiu nadia..
pastu gi saing nadia,intan yan,qis..tp naik keta qis..thanks Qis..hanta ayus kat larkin….

smpi2..ramai lg yg dah ada..isem,nofiey,farah,maknofiey,ipah,eena,deeah,lynt,apau,zahid,zul n sorg lg bdk laki sapentah..tak kenal..
ha..ade lg sorg..anas..hehe..pengantin mestila ade..kwang3x..
bestnyer dpt jumpa member2 lama..most of them dah 7 thn den tak jumpa..
dan yg paling penting n best skali…
dpt peluk cium farahqistina-anak nofiey yg cute giler..

Farah
selama ni nengok kat gamba jerk..at last dpt gak auntie cium farah..muahh..
hehe..auntie?..nofiey kata kat farah..kakyus..tak cakap pun auntie..jgn jeles intan..

nampaknya cerita pengantin dah tolak tepi..haha..jgn marah anas..
semoga anas n zai bahagia hingga ke akhir hayat..n to anas:jadilah suami yg baik dan solehh..

ahad
masak ramai2..saje mak buat makan2 sket..yelaa…anak2 suma balik..
tp abg Iz smpi masa santapan dah siap terhidang..huhu…tak aci..langkah kanan la bg Iz ni..
pas mkn ramai2..siap2..
nak pegi kenduri kawen anak mcik min..nak ziarah kubur (raya aritu tak dan)..nak gi umah atok kat kluang..
hurm..byk destinasi..
balik dr umah atok…singgah lagi umah ucu pulak..tgk umah baru ucu kat tinam…
smpi umah dkt pkl 12mlm…penat..x larat nak buat report projek..

isnin
lps dorg balik dr solat subuh kat surau…buat tahlil sket…buat doa slmt utk pagar rumah skali..
hr ni mak plan nak gi berkelah kat gunung belumut..hurm..stlh berpakat2 kat umah ucu smlm la tu..
memula malas nak pegi..sbb report x siap lg..lgpun ptg ni blk KL..tkt tak sempat..
last2 pegi jugak..sbb seme org pegi..lgpun suma2 ade…meriahlaa…tambah family ucu lg..
bwk bekal nasi lemak..sandwich..air mangga…etc…etc…
smpi kat sana..ish..rase nak berceburr je kat dlm air..
tp ramai org la pulak…segan…
ha..kul 3.30 diorg tak abis lg bermandi manda..bas kul 5.30..
apelagi rushing ler balik spg..brg blom packing..nak gi tmpt bas lg..
tiba2..huh..kerepek ida pesan..blom beli..pelagi call bg iz…suruh dia belikan dulu..
sbb depa dh smpi sana..
nsb baik smpt..da nak jalan dh bas tu..rezki ida..krepek pun smpt beli..
smpi KL pkl10.30 mlm..erm..kene siapkan report..

ntahapeape la post kali ni..whatever laa..